SEJARAH PENUBUHAN
Perancangan menubuhkan sebuah unit penyelidikan yang memfokuskan bidang warisan Borneo di bawah Sekolah Pengajian Seni telah bermula pada tahun 2011. Profesor Dr. Ismail Ibrahim dan Profesor Madya Dr. Sim Chee Cheang telah diberikan tugas penting bagi menyediakan kertas cadangan penubuhan Unit Penyelidikan Warisan Borneo (UPWB). Cadangan penubuhan UPWB telah diluluskan oleh Senate Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2012. Pada Mac 2013, Profesor Madya Dr. Low Kok On telah dilantik oleh Naib Canselor UMS sebagai Ketua Unit UPWB yang pertama. Borneo Heritage Research Unit (BOHRu)
OBJEKTIF
Memandangkan penduduk pelbagai kumpulan etnik peribumi Borneo kaya dengan warisan kesenian masing-masing, maka penubuhan UPWB mempunyai objektif khusus yang menjurus kepada penyelidikan warisan kesenian pelbagai kumpulan etnik peribumi Borneo, khususnya kumpulan etnik peribumi di Sabah. Berikut ialah objektif sepesifik penubuhan UPWB:
- Mempromosi dan menjalankan penyelidikan yang berkait dengan bidang warisan kesenian Borneo seperti bidang seni visual, seni muzik dan seni kreatif.
- Menerbitkan tulisan akademik, khususnya buku dan jurnal yang berkait dengan bidang seni visual, seni muzik dan seni kreatif dengan tumpuan terhadap penduduk peribumi Borneo.
- Mempromosi reka cipta dan inovasi dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni kreatif penduduk peribumi Borneo.
Contact InfoProf. Madya Dr. Low Kok On BA.,MA.,Ph.D. (USM)
Ketua Unit,
Penyelidikan Warisan Borneo (BOHRu),+6088-320000 ext 2674
+6088-320344
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.