Tanggungjawab

Print
Pelajar
Pelajar yang menyertai program Gap Year mestilah:-
1. melaksanakan pemeriksaan kesihatan bagi tujuan permohonan Gap Year - Kesukarelawanan dan Gap Year - Kesukarelawanan Khidmat Negara;
2. mematuhi undang-undang yang sedang berkuatkuasa;
3. menjaga nama baik kementerian, universiti dan agensi;
4. mematuhi etika dan peraturan agensi sepanjang melaksanakan program Gap Year; dan
5. menyediakan laporan mengikut keperluan yang ditetapkan oleh universiti peneraju dan agensi masing-masing.

 

Universiti
1. Universiti Pemohon
2. Universiti Peneraju

 

Agensi
1. memastikan pelajar tertakluk kepada syarat yang telah dipersetujui antara agensi dan universiti awam;
2. mengadakan perbincangan dengan universiti peneraju berkenaan penempatan;
3. menerima pelajar yang telah dipilih oleh universiti peneraju;
4. memantau aktiviti kesukarelawanan pelajar;
5. menilai aktiviti kesukarelawanan pelajar (jika berkaitan);
6. menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar; dan
7. mencadangkan untuk memberhentikan pelajar yang tidak mematuhi syarat Gap Year dengan memaklumkan secara bertulis kepada pihak universiti peneraju.