Hebahan Dana Antarabangsa: Makluman Pembukaan Permohonan Bagi Uk National Institute For Health Research (Nihr) Global Health Research

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

 

YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Tuan/Puan

 

Sukacita dimaklumkan bahawa United Kingdom melalui UK National Institute for Health Research (NIHR) ingin mempelawa mana-mana penyelidik di Malaysia untuk memohon empat (4) geran penyelidikan (seperti maklumat / pautan di bawah) berkenaan kesihatan global yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat di negara berpendapatan rendah dan sederhana (Low & Middle Income Countries). Maklumat geran penyelidikan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 

  1.      i) Research and Innovation for Global Health Transformation (RIGHT) - Unintentional injuries, urgent and emergency care

 

  1.      ii) NIHR Global Health Research Centres for Research and Institutional Capacity Strengthening in NCDs

 

      iii) NIHR Global Health Research Units

 

  1.    iv) NIHR Global Health Research Groups

 

Untuk makluman YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Tuan/Puan

juga, permohonan geran antarabangsa ini bukan di bawah seliaan Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT (BKPI), Jabatan Pendidikan Tinggi. Sehubungan itu, penyelidik yang berminat untuk memohon boleh mendapatkan maklumat selanjutnya melalui laman sesawang rasmi NIHR Global Health Research dan menghubungi pihak NIHR bagi aturan selanjutnya.

 

Sekian, terima kasih.