Penyelenggaraan Pelayan Server Sistem SmartV3 Di Pusat Data JTMK

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Dimaklumkan bahawa capaian ke Sistem SmartV3 E-Learning UMS akan mengalami sedikit gangguan sementara disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan pelayan di Pusat Data JTMK. Penyelenggaraan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Januari – 20 Januari 2021
Masa : 9.00 Malam (19 januari 2021) Hingga 7.00 Pagi (20 Januari 2021)
Lokasi : Pusat Data, JTMK

Segala kesulitan amat kami kesali.

Peringatan daripada JTMK:

1. Atas isu keselamatan, sila abaikan emel yang meminta Password Webmail UMS anda.
2. Sila berhubung dengan Pihak JTMK jika tidak pasti kesahihan email berkenaan.