Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS
Lampiran:
1. Tatacara Penetapan Penilai Tahun 2021
2. Syarat-syarat penentuan PPP dan PPK
YBrs. Dr./Tuan/Puan,
MAKLUMAN UNTUK MENETAPKAN PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP), PEGAWAI PENILAI KEDUA (PPK) DAN PEER
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Penilaian Prestasi merupakan suatu sistem untuk merancang, melaksana, mengurus dan menilai pencapaian prestasi kakitangan dan matlamat organisasi dalam tempoh setahun.
3. Semua kakitangan WAJIB mengisi borang penilaian prestasi melalui Sistem eLNPT dan WAJIB dinilai oleh PPP, PPK dan PEER (untuk kakitangan akademik sahaja) mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Penilaian yang tidak lengkap akan menyebabkan Pergerakan Gaji Tahunan tidak akan diproses, dan mempengaruhi urusan pengesahan jawatan, penyambungan kontrak, pencen serta lain-lain berkaitan perkhidmatan.
4. Sehubungan itu, dipohon agar semua ketua Pentadbiran di J/A/F/P/I/B agar dapat menetapkan penilai Pegawai Yang Dinilai (PYD) di jabatan masing-masing bagi memudahkan proses penilaian prestasi bagi Tahun Penilaian 2021.
Segala perhatian dan kerjasama YBrs. Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.
Pegawai dihubungi:
Pn. Carrie Grace Jaymess (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Akademik - Pn. Sabiah Bansai (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pentadbiran - Pn. Linda Shirley Michael (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)