Permohonan Mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) UMS Siri 2/2021

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan kepada pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, permohonan untuk mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) UMS Siri 2/2021 telah dibuka manakala tarikh, masa dan kaedah kursus akan dimaklumkan kemudian oleh pihak urusetia.

 

3. Sehubungan dengan itu, Kursus Pengajaran dan Pembelajaran adalah antara satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi Kakitangan Akademik selain Program Transformasi Minda. Justeru itu ,kepada pensyarah yang masih belum disahkan jawatan dan belum mengikuti kursus ini boleh memohon untuk menyertai kursus dengan melengkapkan borang permohonan kursus di pautan berikut : https://forms.gle/XmDtYZmZvev8htfk9 sebelum 1 Oktober 2021 (Jumaat).

 

4. Bagi Kakitangan Akademik sandangan kontrak, juga dialu-alukan untuk mengikuti kursus ini tertakluk dengan syarat dan kelulusan Sektor Pengurusan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia, UMS. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan urusetia kursus, Puan Delveja Jakin melaui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / 088-320000 sambungan : 102892 / 012-6604110.

 

Segala perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"