Hari Kesihatan Minda 2022

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Sukacita dimaklumkan pihak Hospital UMS (HUMS) dengan kerjasama Jawatankuasa Kesejahteraan Warga UMS dan Befrienders akan menganjurkan acara "Hari Kesihatan Minda 2022" pada ketetapan berikut:

Tarikh: 7 November 2022 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Galeri Majlis, Bangunan Canselori

Acara ini adalah terbuka kepada semua warga UMS dan orang awam. Aktiviti yang akan dianjurkan termasuklah forum pakar, saringan kesihatan mental dan sesi praktikal teknik menangani stres termasuk art therapy. Booth Befrienders, dietetik dan team rehab juga akan berada di sana. Hadiah menarik disediakan untuk pemenang-pemenang kuiz dan e-sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta! Jumpa anda di sana nanti :)