Notis Gangguan Bekalan Air Tidak Terancang oleh Jabatan Air Negeri Sabah di Kampus Induk Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP)

 

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK TERANCANG OLEH JABATAN AIR NEGERI SABAH DI KAMPUS INDUK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

      

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman pihak YBhg.Datuk/Datin,Prof/Dr,Tuan/Puan, terdapat gangguan bekalan air tidak terancang di kampus induk UMS kerana didapati Tangki R13 (milik JANS) dan Tangki UMS berada pada paras 0 meter sejak pagi ini.

Pihak kami sedang cuba berhubung dengan Jabatan Air Negeri Sabah untuk memohon memulihkan bekalan air ini. Justeru, tempoh gangguan ini tidak dapat ditetapkan sehingga maklumbalas diterima daripada Jabatan Air Negeri Sabah.

Sehubungan dengan itu, mohon agar YBhg.Datuk/Datin, Prof/Dr., Tuan/Puan untuk menggunakan air dengan berhemah dan mengambil langkah-langkah alternatif sebagai persediaan menghadapi tempoh gangguan bekalan air yang tidak menentu ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara di atas, sila berhubung dengan Ir. Ts. Dr. Asrul Effandy Hj. Ismail, Ketua Sektor Mekanikal, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan di talian 012-8859897.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian.

 

Sekian, terima kasih.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.