Jemputan Menghadiri Seminar I'laj Syar'ie dan Pendekatan Psikospiritual Islam Dalam Kesihatan Mental

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam

 

YBhg. Prof. Datuk/ Prof/Dr./Tuan/Puan 
 
JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR I'LAJ SYAR'IE DAN PENDEKATAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM KESIHATAN MENTAL
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.       Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam (FIS) dan Jabatan Perpustakaan UMS akan mengadakan seminar tersebut di atas seperti dalam maklumat berikut:
 
Tarikh
: 5 Julai 2024 (Jumaat)
Masa
: 9.00 Pagi – 11.30 Pagi
Tempat
: Dewan Auditorium Mat Salleh, Perpustakaan (Terhad 50 orang)
  Dalam Talian (Pautan: https://tinyurl.com/hhskn55z)
 
03.       Sehubungan itu, pihak kami menjemput YBhg. Prof. Datuk/ Prof/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri seminar tersebut secara fizikal (terhad 50 orang sahaja) dan secara dalam talian. Bersama ini disertakan borang pendaftaran dalam talian ( https://forms.office.com/r/Ngg6K2GXav) untuk sijil kehadiran dan permohonan mata MyIDP. Bagi maklumat lanjut, pihak tuan bolehlah menghubungi Ustaz Md Razali Saibin di talian 013-543 0833.
 
Kerjasama dan pertimbangan tuan dalam menjayakan program ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Wassalam.