Pengumuman Daripada:
PEMAKLUMAN PENGISIAN MAKLUMAT INOVASI BAGI PRODUK PROFIL EDISI KHAS PEMENANG PINGAT EMAS DAN ANUGERAH KHAS DALAM EXCOCIPTA 2024
YBrs. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) dalam proses menghasilkan Produk Profil Edisi Khas EXCOCIPTA 2024.
03. Sehubungan itu, pihak PPIP telah menyediakan pautan bagi tujuan pengumpulan maklumat berkaitan produk inovasi peserta Universiti Malaysia Sabah dalam EXCOCIPTA 2024 (PEREKA, NexGen Venture, dan LAGUCipTa 1.0) yang telah memenangi Pingat Emas dan Anugerah Khas. Dimohon jasa baik pihak YBrs. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan untuk melengkapkan borang tersebut sebelum atau pada 19 Ogos 2024, jam 5 petang melalui pautan dibawah:
i. Pautan Template Product Profile: https://shorturl.at/E4GAP
ii. Pautan Google-Form maklumat peserta: https://forms.gle/5wDnisexYtaxeY636
04. Sebarang pertanyaan lanjut, YBrs. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi En. Putera Faidz Hassanal bin Nordin di talian 014-6729794 @ emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Perhatian dan kerjasama daripada YBrs. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.