Integriti dalam Islam - Sifat Itqan dalam Pekerjaan

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

BEKERJA dengan tekun adalah lumrah (ciri-ciri/kebiasan amalan) bagi pekerja cemerlang. Bahkan Islam memandang tinggi sifat tekun atau itqan dalam beramal mahupun dalam bekerja sepertimana firman Allah SWT dalam al-Quran: 
 
“Dan katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan.” (At-Taubah: 105)
 
Itqan dalam pekerjaan umumnya adalah melaksanakan tuntutan dikehendaki dengan sesempurna atau sebaik mungkin dengan usaha kuat supaya tidak terlewat daripada waktu ditetapkan. Ketekunan bukan bermaksud ia boleh dieksploitasi hingga mendatangkan kezaliman kepada pekerja mahupun majikan.
 
Sumber: Irsyad al-Hadith siri ke-217: Itqan(tekun) dalam setiap pekerjaan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 
 
#integritidalamislam
#UMSshare