Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
Dato/Datin/Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEGERA BEKALAN ELEKTRIK RING 6 (KOLEJ KEDIAMAN TUN PANGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR), DKP 2 (BAHARU) DAN BANGUNAN PASCASISWAZAH
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan segera bekalan elektrik Ring 6 perlu dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 16hb November 2024 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
Bangunan : KKTPAR, DKP 2 (BAHARU), PASCASISWAZAH
Tujuan : Kerja-kerja penyambungan segera kabel elektrik.
Kerja-kerja ini perlu dilaksanakan segera untuk melengkapkan penyambungan agihan bekalan elektrik dari dua incomer feeder iaitu di pencawang DKP 2 dan KKTPAR. Kegagalan penyiapan kerja ini akan mengganggu penyiapan Projek Pencawang Pengagihan Universiti (PPU) 33kV.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, pihak tuan/puan boleh lah berhubung terus dengan Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP Ir. Ts. Hernnie John, Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP (016-818 0881), En. Mohd Affandy Damit, Penolong Jurutera Kanan, JPP (019-831 2146) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428).
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, harap maklum.