Pengumuman Daripada: Sektor Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
Dato/Datin/Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEGERA KECEMASAN BEKALAN ELEKTRIK RING 6 (KOLEJ KEDIAMAN TUN PANGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR), DKP 2 (BAHARU) DAN BANGUNAN PASCASISWAZAH PADA 18HB NOVEMBER 2024
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan segera bekalan elektrik Ring 6 perlu dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 18hb November 2024 (Isnin)
Masa : 5.00 Petang sehingga 7.00 Petang
Bangunan : KKTPAR, DKP 2 (BAHARU), PASCASISWAZAH
Tujuan : Kerja-kerja pemeriksaan kabel elektrik (kabel bawah tanah)
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, pihak tuan/puan boleh lah berhubung terus dengan Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP Ir. Ts. Hernnie John, Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP (016-818 0881), En. Mohd Affandy Damit, Penolong Jurutera Kanan, JPP (019-831 2146) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428).
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, harap maklum.