Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PENUTUPAN AKTIVITI KUTIPAN/TERIMAAN DI PTJ BAGI TAHUN 2024
- Tarikh akhir PTJ mengemukakan permohonan invois adalah selewat-lewatnya pada 29 November 2024 (Jumaat) ke Sektor Terimaan, Kutipan & Kawalan Penghutang, Jabatan Bendahari.
- PTJ yang telah diturunkan kuasa untuk menjalankan kerja-kerja kutipan/terimaan dikehendaki untuk menyerahkan semua kutipan/ terimaan yang diterima ke Kaunter Terimaan Jabatan Bendahari sebelum jam 11.00 pagi, 31 Disember 2024 (Selasa).
- Semua urusan kutipan/ terimaan di peringkat PTJ hendaklah ditutup sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan seperti di atas.
Sekian, terima kasih.
Pemakluman Daripada:
Sektor Terimaan, Kutipan dan Kawalan Penghutang
Jabatan Bendahari
(e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)