Survei Pelaksanaan Pengurusan Integriti Tahun 2024 di UMS

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-Undang

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, 
 
SURVEI PELAKSANAAN PENGURUSAN INTEGRITI DI BADAN BERKANUN TAHUN 2024 - UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
 
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.       Sebagai makluman YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) sedang menjalankan Kajian Penilaian Inisiatif Antirasuah Perkhidmatan Awam/ Public Service Anti-Corruption Initiative Assessment (PSACIA) Tahun 2024 ke atas badan berkanun di seluruh negara. Objektif survei adalah untuk mengenal pasti senario pelaksanaan penginstitusian integriti di badan berkanun melalui aktiviti pengurusan aduan integriti, pengukuhan integriti dan pematuhan.  
 
3.       Sehubungan itu, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi survei ini selewat-lewatnya selewat-lewatnya pada 29 November 2024 (Jumaat) pukul 5.30 petang melalui pautan berikut: 
 
>> https://www.surveymonkey.com/r/PSACIA2024BB <<
 
4.         Sebarang maklum balas atau pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi urus setia kajian seperti berikut:
           
 
NAMA URUS SETIA
 
NO. TELEFON
4.1
Puan Nur Baiti binti Mohd Othman
 
03-88911687
4.2
Encik Mohd Shaufi bin Shaharuddin
Badan Berkanun Persekutuan
03-88911646
4.3
Cik Noor Syaffinaz binti Hashim
Badan Berkanun Negeri
03-88911164
 
5.    Segala perhatian dan kerjasama warga UMS diperlukan untuk memberikan maklum balas dan menjayakan survei ini. 
 
Sekian dan terima kasih. 
 
--- 
Pejabat Penasihat Undang-Undang 
Universiti Malaysia Sabah 
 
 
 
Link : https://www.surveymonkey.com/r/PSACIA2024BB