ย
Pengumuman Daripada:ย Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan
ย
![]() | Panduan Pengisian Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) |
Tahniah diucapkan kepada anda yang akan melangkah ke majlis konvokesyen tidak lama lagi! ๐ Sebagai langkah terakhir sebelum konvokesyen, adalah dimaklumkan bahawa pengisian Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) adalah WAJIB bagi semua graduan.
ย
Sila layari laman web rasmi berikut untuk mengisi kajian ini: ๐ https://graduan.mohe.gov.my/skpg24/
ย
Langkah-langkah pengisian:
1. Layari laman web di atas.
2. Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan/Passport dan pilih Universiti Malaysia Sabah sebagai institusi.
3. Lengkapkan kaji selidik sehingga ke bahagian terakhir.
ย
๐ Penting: Sila rujuk definisi โBekerjaโ oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di bawah bagi memastikan anda mengisi maklumat dengan betul dan tepat:
* Bekerja: Bekerja sendiri/ menjadi usahawan/ freelance/ sebagai majikan/ bekerja dengan keluarga/ mendapat ganjaran/ upah daripada pekerjaan itu.
* Menunggu Pene
mpatan Kerja: Sedang menunggu untuk mula bekerja di tempat yang telah ditawarkan.
* Menyambung Pengajian: Melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.
* Sedang Meningkatkan Kemahiran: Mengikuti kursus, latihan, atau sijil kemahiran yang berkaitan.
ย
๐ก Peringatan: Sila pastikan anda memahami setiap soalan dalam kajian ini dengan teliti dan mengisinya dengan hati-hati kerana ia penting untuk statistik kebolehpasaran graduan UMS. Maklumat yang diberikan haruslah tepat dan sahih untuk kegunaan pihak universiti dan kementerian.
ย
๐ Mohon melengkapkan pengisian ini sebelum tarikh konvokesyen anda.
ย
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai pengisian SKPG, sila hubungi Pusat Kerjaya & Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS di: ๐ง Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ๐ [En. Wenlley: +60 16-824 2127]
ย
Kami ucapkan selamat maju jaya dan tahniah sekali lagi kerana berjaya menamatkan pengajian anda! ๐
ย
#SKPG2024 #BakalGraduanUMS #PengisianWajibSKPG #SelamatBergraduasi #TahniahGraduanUMS
ย