Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
![]() | Garis Panduan Dana Penyelidikan Strategik Request For Proposal (SRF-RFP Malaysia-China) |
HEBAHAN PENGHANTARAN KERTAS CADANGAN BAGI PROGRAM PENYELIDIKAN BERSAMA MALAYSIA-CHINA 2025 (SRF-RFP MALAYSIA-CHINA)
Dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Sains dan Teknologi Republik Rakyat China (MOST) telah bersetuju untuk membiayai Program Penyelidikan Bersama Malaysia-China 2025 (SRF-RFP Malaysia-China), dengan tujuan untuk mewujudkan kerjasama yang kukuh melalui sokongan kolaborasi antara pasukan berdasarkan bidang kerjasama yang telah dipersetujui, serta untuk memajukan lagi kerjasama Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang sedia ada antara kedua-dua negara.
Sehubungan dengan itu, para penyelidik yang berminat boleh menghantar kertas cadangan melalui link permohonan: https://sdb.mosti.gov.my/sdb/login.php. Tarikh tutup penghantaran adalah pada 20 Januari 2025 (Isnin). Maklumat lanjut bagi penghantaran kertas cadangan tersebut boleh dicapai melalui laman web utama: https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/srf-rfp-malaysia-china/