Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan
HEBAHAN PENUTUPAN PERMOHONAN PENUBUHAN SYARIKAT PEMULA (START-UP) DAN SYARIKAT TERBITAN (SPIN-OFF) (SUSO) DAN PERMOHONAN DANA PENGKOMERSIALAN FASA 1 TAHUN 2025
Salam hormat dan selamat sejahtera,
YBhg. Datuk, Dato’, Datin, Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa Penutupan Permohonan Penubuhan SYARIKAT PEMULA (START-UP) DAN SYARIKAT TERBITAN (SPIN-OFF) (SUSO) dan Permohonan Dana Pengkomersialan Fasa 1 Tahun 2025, akan ditutup seperti butiran berikut:
Tarikh Tutup Permohonan: 28 Februari 2025 (Jumaat)
03. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk, Dato’, Datin, Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan, dikehendaki menghantar Borang Permohonan sebelum atau pada 28 Februari 2025, jam 4.00 petang ke pejabat Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan UMS. Borang Permohonan boleh diakses atau dimuat turun pada pautan berikut: https://bit.ly/3Way13z (SUSO) / https://bit.ly/4gM5WIi (Dana Pengkomersialan) atau dengan mengimbas QR pada poster hebahan.
04. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan En. Mohd. Aiddy Suffian Abd Rashid di talian 013-5810910 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau En. Mixsius Sumpongul di talian 011-51454370 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (SUSO) atau Pn. Adelista Adnan di talian 011-14157020 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (Dana Pengkomersialan).
Perhatian dan Kerjasama daripada YBhg. Datuk, Dato’, Datin, Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian