Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

![]() | Borang A KKP 2025 |
![]() | Borang B KKP 2025 |
![]() | Garis Panduan KKP |
![]() | Slaid Taklimat Permohonan KKP |
![]() | Slaid Tutorial Pengisian Borang A & B KKP |
Sepertimana YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT (BKPI), JPT, KPT telah selesai melaksanakan Taklimat Permohonan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2025 pada 26 Februari 2025 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Susulan daripada itu, bersama-sama ini dikemukakan slaid taklimat berkaitan untuk rujukan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan jua sebagai panduan dalam mengisi permohonan KKP 2025.
Permohonan penubuhan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) hendaklah dibuat dengan melengkapkan dokumentasi berikut bermula pada 3 Mac 2025 sehingga 21 Mac 2025.
- Borang A KKP; dan
- Borang B KKP
Perincian penyelidikan di dalam Borang A dan B hendaklah difokuskan kepada satu (1) bidang nic sahaja daripada 26 bidang nic yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan panduan permohonan KKP perlu merujuk kepada Garis Panduan KKP 2024. Turut dilampirkan dokumentasi berkaitan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
Semua permohonan hendaklah disemak oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan diperakui oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bagi Ketua KKP masing-masing.
Hanya CoE yang memenuhi syarat am permohonan sahaja yang layak untuk mengemukakan dua (2) hardcopy Borang A dan Borang B berserta dokumen sokongan kepada urus setia KPT. Dokumentasi permohonan KKP haruslah dikemukakan kepada urus setia RMC secara softcopy melalui alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 21 Mac 2025 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari.
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai dan urus setia berikut:
a) Puan Rohani binti Hadi | 016 - 803 2554 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
b) Cik Priscilla Clare Primus | 014 - 996 8245 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih.