Pengumuman Daripada: Hospital UMS
Transcranial Direct Current Stimulation (TDCS) adalah teknik neuromodulasi bukan invasif yang menggunakan arus elektrik rendah untuk merangsang otak, membantu pemulihan strok dan kecederaan otak, kesakitan saraf kronik, gangguan pergerakan, masalah kognitif dan mental seperti kemurungan dan kegelisahan.
✔️ Selamat & tidak invasif
✔️ Meningkatkan keberkesanan terapi rehabilitasi
✔️ Menyokong pemulihan fungsi otak & fizikal
Siapa yang sesuai?
🔹 Pesakit strok dan kecederaan otak dengan masalah pergerakan
🔹 Individu dengan kesakitan neuropatik kronik
🔹 Pesakit Parkinson, Alzheimer dan masalah neurologi lain
🔹 Mereka yang mengalami gangguan kognitif atau nyanyuk
🔹 Individu dengan kemurungan, kegelisahan atau masalah kesihatan mental lain
Ketahui lebih lanjut di Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital UMS!
#TDCS #NeuroRehab #RehabilitasiHUMS #PemulihanStrok #PemulihanKecederaanOtak #NeuromodulationTherapy #BrainStimulation #AdvancedRehabilitation