Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
![]() | Borang Permohonan Dana Inovasi Sosial Dan Kajian Sosial |
![]() | Garis Panduan Dana Inovasi Sosial Dan Kajian Sosial |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Dana Inovasi Sosial dan Kajian Sosial mulai 17 Mac 2025 (Isnin) hingga 30 Mac 2025 (Ahad). Permohonan ini adalah terbuka kepada institusi awam/swasta dan politeknik. Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) bagi universiti awam dan swasta serta Pusat Pengurusan Inovasi (PPI) bagi politeknik.
3. Permohonan Dana Inovasi Sosial melibatkan kerjasama strategik antara penyelidik dan perusahaan sosial dengan tempoh maksimum pelaksanaan projek selama 12 bulan, dan peruntukan dana tidak melebihi RM300,000.00 bagi setiap permohonan. Manakala, bagi permohonan Dana Kajian Sosial melibatkan kajian pemupukan nilai ihsan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Tempoh masa pelaksanaan kajian sosial adalah tidak melebihi 9 bulan, dengan siling peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi setiap permohonan.
4. Sehubungan itu, pihak PPP akan membuat saringan awal bagi memastikan semua permohonan mematuhi syarat-syarat seperti mana yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Dana Inovasi Sosial dan Kajian Sosial (pindaan tahun 2025).
5. Susulan dari itu, kerjasama dan perhatian pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk memanjangkan hebahan pembukaan permohonan ini kepada semua kakitangan akademik di F/A/P/I masing-masing. Bersama-sama emel hebahan ini, dikemukakan Garis Panduan Dana Inovasi Sosial dan Kajian Sosial (pindaan tahun 2025) sebagai rujukan para penyelidik.
6. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan seperti yang dilampirkan. Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 Mac 2025 menerusi e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
7. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan pihak urus setia PPP seperti berikut:
Puan Rohani binti Hadi ( No. Tel: 016 - 803 2554 ) / Cik Priscilla Clare Primus ( No. Tel: 014 - 996 8245 )
Kerjasama dan perhatian pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.