Program Kasih Ramadan Jabatan Pendaftar Tahun 2025

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa sempena bulan Ramadan 1446H, Jabatan Pendaftar akan mengadakan Program Kasih Ramadan 2025, yang melibatkan aktiviti Gotong Royong Penyediaan dan Pengagihan Juadah Berbuka Puasa [Bubur Pulut Hitam].

Butiran pengagihan adalah seperti berikut:

📆 Tarikh: 21 Mac 2025 (Jumaat)

⏰ Masa: 4.00 petang

📍 Tempat: Bulatan Utama (roundabout) UMS #Rujuk Poster

 

Semoga program ini berjalan lancar dan diberkati oleh Allah SWT.