Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN (JPP)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera YBrs. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, pihak JPP memohon kerjasama dan jasa baik YBrs. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan JPP seperti yang dihebahkan melalui Poster.
Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kami kepada pelanggan pada masa hadapan.
Sila imbas kod QR seperti di poster atau mengisi melalui Pautan URL seperti berikut:
PAUTAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JPP:
https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=11&key=JPP
Kerjasama YBrs. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
Salam hormat dari:
Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
Universiti Malaysia Sabah