Peringatan Pengisian Borang e-LNPT / LNPK Bagi Tahun 2024

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan,
 
Peringatan kepada semua KAKITANGAN yang MASIH BELUM mengisi dan menghantar borang penilaian prestasi tahun 2024 agar mengambil tindakan SEGERA.
 
Kegagalan untuk mengisi dan menghantar borang tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan implikasi berikut;
 
1. PYD tiada pergerakan gaji tahunan pada tahun 2025;
2. Tiada pelarasan gaji mengikut kadar kenaikan yang diumumkan kerajaan;
2. PYD tidak layak menuntut tunggakan pergerakan gaji tahunan jika lewat atas kecuaian sendiri;
3. PYD tidak layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat;
4. PYD tidak layak dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
5. PYD mengalami kesukaran memproses urusan pencen; dan
6. PYD, PPP, PPK dan PEER boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan (3)(2)(i) Akta Badan-Badan Berkanun [Tatatertib dan Surcaj] 2000 [Akta 605] kerana ingkar perintah.
 
Segala kerjasama dan perhatian Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.