Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
Penghantaran Laporan Pemantauan Bilangan 1 Tahun 2025 telah dilaksanakan bermula 21 Mac sehingga 6 Mei 2025 bagi program/projek penyelidikan yang merangkumi skim geran penyelidikan seperti berikut :
- Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2020 sehingga Fasa 1/2023
- Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2022 hingga Fasa 1/2023
- Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 hingga Fasa 1/2020
Laporan Prestasi/Akhir bagi kitaran pemantauan Bilangan 1 Tahun 2025 (Data Pencapaian sehingga 31 Disember 2024) hendaklah disediakan secara manual memandangkan Sistem MyGRANTS masih belum boleh diakses. Borang Pemantauan Manual telah dipanjangkan kepada Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) masing-masing.
Sehubungan dengan itu, mohon tindakan untuk menghantar Borang Pemantauan Manual berkenaan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) melalui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. SEBELUM ATAU PADA 6 MEI 2025.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah terus berhubung dengan Puan Rohani Hadi (No. Telefon : 016-8032554) atau Encik Afendih Bin Ambrih (No.Telefon : 013-8216167)