Pengumuman Daripada: Pusat E-Pembelajaran
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat e Pembelajaran Universiti Malaysia Sabah (UMS) , dengan kerjasama Switch (Apple Premium Partner), telah melancarkan microsite khas UMS SWITCH pada 16 April 2025. Inisiatif ini merupakan susulan kepada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dan Switch bagi memperluas akses kepada teknologi pendidikan berkualiti tinggi untuk warga kampus. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen UMS dalam menyokong transformasi digital dalam pengajaran, pembelajaran dan urusan pentadbiran.
🔗 Akses microsite di melalui URL berikut : https://ums.switch.com.my
Apa yang ditawarkan?
✅ Diskaun eksklusif untuk staf & pelajar UMS
✅ Akses kepada produk Apple terkini seperti MacBook, iPad & aksesori
✅ Jaminan produk tulen daripada Apple Premium Partner
✅ Pembelian dalam talian yang selamat & mudah
2. Microsite ini menyediakan saluran pembelian yang selamat, mudah dan dipercayai untuk mendapatkan produk Apple tulen pada harga istimewa, lebih rendah daripada harga pasaran terbuka.
3. Sehubungan itu, kami amat menghargai kerjasama tuan/puan untuk menghebahkan maklumat ini kepada pensyarah, kakitangan, dan pelajar di fakulti masing masing agar peluang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Segala perhatian dan sokongan yang diberikan amat dihargai. Terima kasih.
Sekian dan terima kasih.