Sabah State Neurorehabilitation Mini Symposium (SSNRMS) 2025

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Sabah State Neurorehabilitation Mini Symposium (SSNRMS) 2025

Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Dr/Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

Dengan sukacitanya Unit Perubatan Rehabilitasi, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah, bersama-sama dengan Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Sabah State Neurorehabilitation Mini Symposium (SSNRMS) 2025 seperti berikut:

Tarikh                   : 25 - 26 Jun 2025

Tempat                 : Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Uniniversiti Malaysia Sabah

Bertemakan “From Basic Care to Advanced Practices in Neurorehabilitation”, simposium ini memberi tumpuan kepada kesinambungan penjagaan dalam bidang neurorehabilitasi — daripada pendekatan asas hinggalah intervensi terkini untuk pesakit strok dan kecederaan otak.

Sasaran peserta adalah dalam kalangan profesional kesihatan, ahli akademik dan pengamal dalam bidang perubatan pemulihan. 

 

Maklumat Penting:

* Tarikh akhir pendaftaran Early Bird: 30 April 2025

* Mata CPD akan diberikan kepada peserta

 

Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr/Tuan/Puan boleh hubungi Prof. Madya Dr. Fatimah Ahmedy selaku Pengerusi simposium mini ini di talian 013-8805513 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama dan pertimbangan dari pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr/Tuan/Puan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.