Infografik Jabatan Farmasi 3/2025: Rupa dan Jenis Vaksin Yang Terdapat di HUMS

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

INFOGRAFIK JABATAN FARMASI 3/2025: RUPA DAN JENIS VAKSIN YANG TERDAPAT DI HPUMS
 
Salam sejahtera Prof/Dr/Tuan/Puan,
 
Pengambilan vaksin merupakan langkah penting dalam mencegah penularan penyakit berjangkit. Semua staf yang terlibat bertanggungjawab memastikan vaksin yang diberikan kepada pesakit adalah vaksin yang tepat. 
 
Sejajar dengan itu, Jabatan Farmasi HPUMS ingin berkongsi sebuah infografik ringkas yang memaparkan rupa dan jenis vaksin yang terdapat di HPUMS sebagai panduan. Terdapat beberapa vaksin yang mempunyai penampilan yang serupa (Look-Alike) atau nama yang hampir sama (Sound-Alike). Vaksin-vaksin ini dikenali sebagai Look-Alike Sound-Alike (LASA) medication. Justeru, diharapkan semua staf sentiasa berhati-hati dalam mengendalikan vaksin khususnya vaksin yang dikategorikan sebagai LASA. Label pada kotak vaksin hendaklah dibaca dengan teliti bagi memastikan vaksin yang dikendalikan adalah vaksin yang tepat. 
 
Semoga infografik ini dapat memberi manfaat kepada semua dalam membekalkan perkhidmatan yang terbaik, berkesan dan selamat bagi pesakit.
Sekian, terima kasih.
 
#PusatMaklumatUbatHPUMS
#DrugInformationService-DISHPUMS
#JabatanFarmasi