Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Jemputan ke Hari Kemuncak Nutrition Month Malaysia (NMM) 2025 Peringkat IPT Negeri Sabah
Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Kemuncak NMM 2025 Peringkat IPT Negeri Sabah akan diadakan seperti ketetapan berikut:
🗓 Tarikh: 19 Jun 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
📍 Tempat: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah
Majlis Perasmian Penutupan NMM 2025 akan disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, pada jam 2:30 petang.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Antaranya termasuklah cabutan bertuah, pemberian sampel makanan & goodie bag, program derma darah, saringan status pemakanan dan banyak lagi!
Jangan lepaskan peluang ini – semua dijemput hadir!
Eat Right, Move More – Prioritise Health & Wellness