Jemputan Menyertai Sambutan Hari Keselamatan Makanan 2025

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBrs. Prof/Dr/Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENYERTAI SAMBUTAN HARI KESELAMATAN MAKANAN 2025
 
Dengan segala hormatnya, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah ingin menjemput kakitangan, pelajar UMS, industri dan orang awam untuk turut serta memeriahkan Sambutan Hari Keselamatan Makanan 2025 yang akan berlangsung seperti berikut:
 
📅 Tarikh: 24–25 Jun 2025 (Selasa & Rabu)

📍 Tempat: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS

🤝 Kerjasama: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

🎤 Aktiviti Menarik: Pameran, Sesi Perkongsian Ilmu & Banyak Lagi!
 
Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga kampus serta masyarakat umum terhadap kepentingan keselamatan makanan dalam kehidupan seharian.
Kehadiran dan sokongan daripada pihak YBrs. Prof/Dr/Tuan/Puan amatlah dihargai bagi menjayakan sambutan ini.
 
Sekian, terima kasih.