Pemakluman Pelaksanaan Penilaian Pematuhan Akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

 

 

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

  1. Sebagaimana maklum, UMS telah menerima surat makluman MQA, MQA.600-2/3/1 (13) bertarikh 20 Ogos 2024 berkaitan program-program yang terlibat dalam penilaian Pematuhan Akreditasi MQA. Lawatan penilaian melibatkan 115 program akademik UMS ini akan dilaksanakan secara berfasa (Fasa 1-6) dalam tempoh 20 Ogos sehingga 09 Oktober 2025 mengikut ketetapan masa MQA.

 

  1. Sehubungan itu, bersama ini diedarkan poster jadual penilaian Pematuhan yang dimaksudkan untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Datuk/ YBrs. Prof./ Dr.  selanjutnya.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ YBrs. Prof./ Dr. berhubungan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.