Kempen Infak Saham Akhirat

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS (PIUMS)

 

 

Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

 Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Saham Akhirat (melalui potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu golongan yang memerlukan mahupun yang kurang berkemampuan. 

Sumbangan ini juga digunakan untuk:

  1. i) Pembelian barang dan peralatan keperluan masjid
  2. ii) Pembayaran Penceramah/ Fasilitator/ Sukarelawan masjid

iii) Pembinaan/ Pembaikan fasiliti masjid

  1. iv) Pembelian atau pembinaan bangunan masjid
  2. v) Sebarang penganjuran aktivitimmasjid berkaitan Infak Saham Akhirat

 

Cara Penyertaan:

Log masuk ke HROnline v4.0➡ Pilih Menu➡ Klik Pusat Islam UMS➡ Pilih Infak➡ Klik Infak Saham Akhirat

 

 Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 

📞 Puan Fazelah:016-8655694

📞 Encik Ghazali: 014-9126809 

 

Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)

 

Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah.