Pemakluman Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Bagi Perkhidmatan Sewaan Secara One-Off dan Berkontrak Di UMS

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

 

 

Hebahan Kepada Ketua JAFPIB - Pemakluman Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Bagi Perkhidmatan Sewaan Secara One-Off dan Berkontrak Di UMS
Hebahan Kepada Syarikat / Penyewa / Pengusaha di UMS - Pemakluman Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Bagi Perkhidmatan Sewaan Secara One-Off dan Berkontrak Di UMS

 

Dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil.12/ 2025 (392) bersetuju untuk menguatkuasakan pelaksanaan kutipan SST bagi perkhidmatan sewaan bermula pada 1 September 2025.
 
Sehubungan itu, semua perkhidmatan sewaan secara one-off dan berkontrak di UMS akan dikenakan SST pada kadar lapan peratus (8%) selaras dengan arahan/ ketetapan daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM). Sebagai tambahan, setiap invois dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bendahari kepada pihak syarikat/ penyewa/ pengusaha akan memaparkan butiran SST yang jelas seperti yang ditetapkan dalam Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
 
Maklumat lanjut sila berhubung dengan Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW), Universiti Malaysia Sabah.
 
Terima kasih.