Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

Pusat Pengurusan EcoCampus akan mengadakan Kursus Dalaman Infografik Untuk UI GreenMetrics: From Data To Impact pada 9 Oktober 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pengurusan EcoCampus.
Kursus ini bertujuan memberikan latihan kemahiran tambahan kepada staf Pusat Pengurusan EcoCampus agar mampu menyampaikan informasi interaktif berkaitan UI GreenMetrics World University Rankings bagi tujuan penilaian penarafan tahunan seterusnya sebagai sumber maklumat terkini kepada warga UMS.