Pengemaskinian Laporan Pemantauan Bagi Program / Projek Penyelidikan Di Bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

PENGEMASKINIAN LAPORAN PEMANTAUAN BAGI PROGRAM/PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT) BILANGAN 2 TAHUN 2025
  
Sepertimana YBrs.Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, program/projek penyelidikan yang diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada Pemantauan berjadual sepanjang tempoh pelaksanaan penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan berjalan mengikut perancangan dengan mengambil kira pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta bagi memastikan pemantauan di peringkat IPT/Institusi dapat dilakanakan dengan berkesan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan.  
 
Untuk tujuan tersebut Sesi Pemantauan bagi Program/Projek Penyelidian di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Bilangan 2 Tahun 2025 telah dibuka yang merangkumi skim geran penyelidikan berikut :
 
  1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2021 sehingga Fasa 1/2024.
  2. Skim Geran Penyelidikan Fundamental-Penyelidik Muda (FRGS-EC) Tahun 2024
  3. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2023 sehingga Fasa 1/2024.
  4. Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 sehingga Fasa 1/2020
Laporan Prestasi bagi kitaran pemantauan bilangan 2 Tahun 2025 hendaklah disediakan secara manual memandangkan Sistem MyGRANTS masih tidak dapat diakses pada masa ini. Pelaporan adalah pencapaian data sehingga 30 September 2025 bagi semua projek penyelidikan mengikut geran penyelidikan masing-masing. Bagi projek yang telah berstatus tamat, ketua penyelidik hendaklah mengemukakan Laporan Akhir mengikut format yang telah disediakan dengan mengisi Borang Final Report yang dilampirkan. Borang-borang berkaitan boleh di muat turun melalui Kod Qr yang tertera di poster infografik. 
 
Laporan pemantauan perlu dilengkapkan melalui Borang yang dilampirkan (mengikut skim geran penyelidikan masing-masing) berserta dokumen pembuktian dan dikemukakan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  sebelum atau pada 25 Oktober 2025 (Sabtu, sebelum atau pada jam 12:00 tengah hari).
 
6. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Puan Rohani Binti Hadi di nombor telefon : 016-8032554 atau Encik Afendih Ambrih di nombor telefon : 013-8216167.
 
 
Sekian, terima kasih.