Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo

Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), UMS dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Jeti UMS dibuka kepada orang awam sempena Majlis Konvokesyen UMS Ke-27.
Pembukaan jeti ini bertujuan memberi peluang kepada para graduan serta pengunjung untuk menikmati pemandangan persekitaran UMS dan merakam detik istimewa musim konvokesyen.
Tempoh: 24 November – 14 Disember 2025
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tiket: RM3.00 seorang (pembelian di Kaunter Jeti UMS)
Sebarang pertanyaan:
En. Mohd Saufiq (014-3545017) | En. Ali Rahim (013-5454567)
Tahniah kepada semua graduan UMS. IPMB mengucapkan selamat maju jaya!