Pengumuman Daripada: Pusat E-Pembelajaran

Kepada Semua Pensyarah, Kakitangan Akademik, dan Pelajar UMS yang Dihormati,
Dengan segala hormatnya,
Pihak Pusat e-Pembelajaran (PEP) ingin menjemput seluruh komuniti akademik dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk memberikan maklum balas dan pandangan anda terhadap Draf Dasar Kecerdasan Buatan (AI) untuk Pengajaran dan Pembelajaran UMS.
Pembangunan dasar ini, yang dilaksanakan dengan kerjasama Commonwealth of Learning (COL), adalah langkah kritikal untuk memastikan integrasi teknologi AI di UMS dilakukan secara beretika, bertanggungjawab, dan efektif bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan menjamin integriti akademik.
DRAF DASAR AI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
Sila isikan maklum balas anda secara komprehensif melalui pautan Google Form berikut: https://forms.office.com/r/f5Nd9vg9A1
Tarikh Akhir Pengumpulan: Jumaat, 28 November 2025.
Input unik dan profesional anda adalah penting untuk menghasilkan dasar yang praktikal, berdaya maju, dan melindungi integriti akademik UMS. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Ts. Noor Hapipah Binti Samat (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau Pn. Nur Farahin Binti Jamirin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).
Kerjasama dan perhatian segera anda amatlah kami hargai.
Sekian dan terima kasih.
Draft Outline V1R1.pdf