Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data dan Kecerdasan Buatan
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. /Dr. /Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa, Polisi Kecerdasan Buatan (versi 1.0) / Artificial Intelligence Policy (Version 1.0) Universiti Malaysia Sabah telah diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) UMS pada 19 Ogos 2025 dan disahkan di Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UMS pada 27 Oktober 2025.
Sehubungan dengan itu, bersama ini diedarkan salinan polisi tersebut untuk perhatian dan rujukan pihak YBhg. Prof. /Dr. /Tuan/Puan dengan mengklik pautan berikut: https://dartic.ums.edu.my/dic/documents/#dictab|5.
Sekian, terima kasih