Iklan Jawatan Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa, permohonan bagi jawatan

 

🔹Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Gred Utama B (VU6) (Terbuka);
🔹Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Gred Utama B (VU6) (Terbuka); dan 
🔹Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Gred Utama B (VU6) (Terbuka)
 
di Universiti Teknologi Malaysia adalah dibuka untuk permohonan bermula dari 15 Disember 2025.
 
2.Sebagai makluman, proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka bagi memberi peluang kepada semua individu yang berkelayakan dan berminat untuk mengemukakan permohonan.
 
3.Sehubungan dengan itu, semua individu yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing bagi dipertimbangkan ke jawatan tersebut dengan melengkapkan borang permohonan melalui pautan berikut, https://registrar.utm.my/epengambilan
 
4.Semua permohonan perlu dihantar sebelum atau pada 9 Januari 2026 (Jumaat) melalui borang permohonan yang telah disediakan.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.