Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
Assalamualaikum & salam sejahtera
YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM DANA LIVING LAB UMS FASA 1/2026
Permohonan Fasa 1 dikemukakan melalui SMPPI: 1 Februari – 15 Mac 2026
Saringan Permohonan: 16 Mac – 30 April 2026
Keputusan Permohonan dan Tawaran: 1 Julai 2026
Sila maklum, berikut adalah kriteria umum untuk Permohonan Skim Dana Living Lab UMS Fasa 1/2026:
- Mempunyai living lab yang telah ditubuhkan di peringkat FAPI
- Setiap living lab hanya boleh memohon satu dana living lab - tidak boleh memohon sekiranya living lab tersebut masih mempunyai dana living lab yang aktif
- Keutamaan diberikan kepada pensyarah yang tidak mempunyai geran dalam / luar sebagai penyelidik utama
- Disertakan Garis Panduan Skim Dana Living Lab sebagai rujukan.
Untuk sebarang persoalan atau isu, boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih.