Pencarian Penyunting dan Pereka Grafik Bebas Penerbit UMS

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Dimaklumkan bahawa Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS Press) mempelawa kakitangan UMS yang berminat untuk menyertai PUMS sebagai Penyunting Bebas dan Pereka Grafik Bebas.
 
Kriteria Penyertaan:
 
PENYUNTING BEBAS
 
• Mempunyai kemahiran menyunting naskhah dalam pelbagai genre penerbitan.
• Mempunyai idea, kreativiti dan pengalaman luas dalam bidang penyuntingan.
 
PEREKA GRAFIK BEBAS
 
• Mempunyai kemahiran menggunakan perisian perekaaan buku.
• Mempunyai idea, kreativiti dan pengalaman dalam bidang perekaan.
 
📅 Tarikh tutup penyertaan: 28 Februari 2026 (Sabtu)
📧 Hantar resume ke: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
📞 Sebarang pertanyaan: 014-6777518 (Puan Alecia Angati)
 
Sekian, terima kasih.