Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

[HEBAHAN] Pelantikan Klinik Panel Baharu UMS 🏥
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Warga UMS!
Ada berita baik untuk rakan-rakan yang tinggal atau sering berulang-alik ke kawasan Tuaran. UMS kini telah melantik Klinik Dr Hasnah sebagai Klinik Panel tambahan yang aktif bermula sekarang!
✨ Apa yang menarik?
- Merupakan Klinik Pesakit Luar (GP) yang Mesra Muslimah.
- Lokasi: Pekan Tuaran (Lot 9G, Blok H, Jalan Sungai Damit).
🔍 Cara Semak Senarai Klinik Aktif (HROnline):
- Log masuk ke HROnline (melalui Kinabalu Portal).
- Klik menu Klinik Panel (MyHealth).
- Rujuk dashboard Senarai Klinik Panel UMS dan taip lokasi (contoh Tuaran) di ruangan carian.
📢 PESANAN PENTING: Sila pastikan anda membawa Kad Pengenalan dan Kad Staf (Fizikal atau Digital) setiap kali ingin mendapatkan rawatan bagi melancarkan urusan pendaftaran di klinik.
Sila rujuk poster yang dilampirkan untuk butiran penuh atau hubungi Sektor Perkhidmatan BPSM di talian 088-329 068 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Sekian, terima kasih.
#UMSTHeBRAINofBORNEO
#CekapCepatTepat