Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah menjemput anda menyertai Program Telaah: The Anxious Generation, sebuah perkongsian ilmu yang membincangkan cabaran kesihatan mental generasi masa kini.
Program ini akan berlangsung pada 12 Februari 2026 (Khamis), jam 2.00–3.00 petang bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah.
Sesi ini akan dimoderatorkan oleh Profesor Madya Dr. Jurry Foo bersama panel Profesor Dr. Murnizam Hj. Halik. Program ini terbuka kepada warga UMS, IPTA, IPTS serta warga sekolah.
Ayuh hadir dan bersama-sama kita memahami isu kesihatan mental generasi hari ini.