PERMOHONAN DANA KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2015 FASA III

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT HUBUNGAN INDUSTRI
SUBJEK : PERMOHONAN DANA KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2015 FASA III

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperuntukkan dana sebanyak RM20 juta bagi perlaksanaan program Kebolehpasaran Graduan atau Graduate Employability (GE) bagi tahun 2015. Pada fasa I, terdapat beberapa permohonan yang ditolak kerana perkara berikut:

a) Kertas cadangan tidak lengkap

b) Surat jaminan

c) Syarikat tidak wujud/ tidak dapat dihubungi

d) Maklumat tidak tepat dan mengelirukan

e) Pemilihan kluster tidak tepat

f)  Kos tinggi dan tidak munasabah

g) Tempoh kursus


Oleh kerana terdapat lebihan bajet dan baki dana perlaksanaan projek tahun sebelumnya, pihak KPM telah membuka permohonan dana GE fasa III pada 20 April 2015. Maklumat lanjut juga boleh didapati melalui pautan http://www.moe.gov.my/v/dana-GE.

Sehubungan itu, pihak kami ingin mempelawa kepada ahli akademik yang berminat untuk  memohon dana tersebut dan agar dapat menyerahkan permohonan yang telah dilengkapkan bersama dokumen sokongan kepada Pusat Hubungan Industri selewat-lewatnya sebelum atau pada 13 Mei 2015 untuk tujuan penyelarasan sebelum dikemukan kepada pihak KPM. Dimajukan bersama bahan rujukan beserta borang permohonan serta dokumen rujukan.

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, pihak kami juga boleh mengadakan sesi taklimat di Fakulti berkenaan dana GE dan juga tatacara memohon. Sila berhubung dengan pejabat kami di talian 088-320 000 sambungan 612203/612207 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

(Sila klik lampiran)

download-icon.png - 27.75 Kb BORANG PERMOHONAN DANA 2015 

download-icon.png - 27.75 Kb SYARAT DAN TATACARA PERMOHONAN

download-icon.png - 27.75 Kb CARTA ALIR PROSES KERJA

download-icon.png - 27.75 Kb KRITERIA PROGRAM GE