Direktori |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

UMS Heron Sedia Hadapi Liga Ragbi Kota Kinabalu 2015

RagbiKHAMIS, 23 APRIL - Pasukan Ragbi Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini dalam prosos persiapan menghadapi Kejohanan Divisyen Satu Liga Ragbi Kota Kinabalu 2015.

Dikenali sebagai UMS Heron, juara divisyen dua liga musim lalu itu sedang giat menjalani latihan serta mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan sebagai persediaan mengekalkan kecergasan dan prestasi setiap pemain untuk beraksi pada kejohanan tersebut.

Ketua jurulatih pasukan, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin berkata, siri perlawanan persahabatan tersebut  juga bagi membantu para pemain membiasakan diri dengan corak permainan pada pertandingan kelak.

“Persiapan rapi seperti latihan kecergasan dan kardiovaskular turut dijalankan untuk memantapkan ketahanan pasukan,” ujarnya kepada media UMS.

Tidak menolak kemungkinan berdepan saingan hebat, beliau memberitahu UMS Heron akan lebih menumpukan kepada pemantapan pasukan dan tidak hanya untuk meraih kejuaraan semata-mata.

“Meskipun kehilangan seorang pemian kelahiran Fiji yang telah menamatkan pengajian, namun saya percaya pasukan ini mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi dan mampu mempamerkan permainan yang hebat,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pasukan, Deirdre Daryl Dasing berkata beliau dan ahli pasukan berhasrat untuk mencipta kejuaraan sekali gus membawa nama pasukan UMS  ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya percaya gandingan pemain lama dan baharu akan membentuk satu aura dan kekuatan yang luar biasa,” katanya penuh semangat. -ZMD

Bahagian Media dan Citra


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin  

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36