PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT RAWATAN WARGA (PRW)
SUBJEK : JEMPUTAN KE PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN
PEGAWAI DIHUBUNGI : PUAN VIVINE ARENA LODIN, Samb. 2539/2544
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa, PRW akan menganjurkan satu program sepertimana tersebut di atas yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 02hb Oktober 2015 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
1) Sesi Pagi (8.30 pagi – 11.00 tengahari)
2) Sesi Petang (2.00 petang – 4.30 petang)
Tempat : Pusat Rawatan Warga (PRW)
Sehubungan itu, YBrs. Prof. / Dr. adalah dijemput untuk menghadiri program berkenaan. Sebagai maklumat tambahan, program ini terbuka kepada kakitangan akademik, bukan akademik serta semua pelajar UMS. Turut dilampirkan aturcara dan baner program untuk rujukan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
