PENGUMUMAN DARIPADA : KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UMS (KESUMBA)
SUBJEK : KEJOHANAN TENPIN BOLING ANJURAN KESUMBA
KEJOHANAN TENPIN BOLING ANJURAN
KELAB SURIRUMAH DAN STAF WANITA UMS (KESUMBA)
1 FORMAT KEJOHANAN
Setiap pasukan diwakili oleh 3 orang pemain aktif dan wajib bermain 3 game . Setiap pemain mestilah terdiri daripada ahli KESUMBA dari Jabatan/Fakulti/ Pusat/Unit yang sama.
2 PENGANJUR
PUTERI KESUMBA DENGAN KERJASAMA BIRO SUKAN DAN REKREASI KESUMBA
3 TARIKH & TEMPAT
Tarikh Pertandingan : 4 Disember 2015 (Jumaat)
Tempat : 1 Borneo
Masa Pendaftaran Pasukan : 6.00 petang
Pertandingan bermula : 7.00 malam
4 KELAYAKAN
Kejohanan ini terbuka kepada semua ahli KESUMBA sahaja. Sekiranya anda belum menjadi ahli, anda dikehendaki mengisi borang sebagai ahli KESUMBA terlebih dahulu sebelum menyertai kejohanan ini.
5 SYARAT-SYARAT KHAS KEJOHANAN
1. Undang-undang kejohanan ini adalah berdasarkan syarat-syarat kejohanan yang digunapakai. Segala keputusan yang dibuat oleh pihak Jawatankuasa Kejohanan ini adalah muktamad.
2. Setiap pasukan dikehendaki melapor diri dan mendaftar setengah jam sebelum permainan bermula
3. Semua pemain diwajibkan memakai pakaian yang sesuai yang lazimnya dipakai dalam sukan Tenpin Bowling
4. Sekiranya berlaku kesilapan markah disebabkan masalah teknikal, ketua pasukan dikehendaki memaklumkan kepada Lane Marshall yang dilantik dengan segera. Pembetulan markah hanya boleh dilakukan oleh Lane Marshall. Bantahan terhadap sebarang markah hanya akan dilayan sekiranya dibuat sebelum balingan seterusnya dibuat.
5. Sekiranya didapati pasukan/peserta cuba menipu dengan mengubah markah di skrin markah, secara automatic penyertaan pasukan ini akan terbatal serta merta.
YURAN DAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Yuran penyertaan ialah RM60.00 untuk setiap pasukan. Tarikh tutup adalah pada 25 November 2015 (RABU)
Pembayaran boleh dibuat secara tunai kepada Puan Norazah Hamzah (019-870 1712) atau Cik Liana Nasir (011-2683 5105) sebelum atau pada 25 November 2015
Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada pihak penganjur sebelum atau pada 25hb. November 2015
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi Puan Nurul Izza Nordin Tel: 013 850 0362 atau Cik Erna Jefren Tel 019-842 8005
7 HADIAH
I. JOHAN: RM300
II. KEDUA:RM200
III. KETIGA:RM100
IV. KEEMPAT: HAMPER
V. KELIMA : HAMPER
VII. HIGH GAME : TROFI
8. TENTATIF PROGRAM
6.20 petang : Ketibaan peserta dan pendaftaran pasukan
6.30 petang : Sesi taklimat peraturan
6.40 petang : Cabutan lane
7.00 malam : Acara bermula
9.00 malam : Acara dijangka tamat
9.15 malam : Penyampaian hadiah oleh YDP KESUMBA,
Datin Baidah Ibrahim
9.40 malam : Sesi bergambar
10.00 malam : Program tamat
Sekian, Terima kasih
Maju Sehati
(Lampiran : Borang Penyertaan Boling Kesumba)