| PENGUMUMAN DARIPADA | : PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI | 
| SUBJEK | : TARIKH TUTUP PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN BAGI GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) PERINGKAT UMS | 
Pegawai dihubungi: Urusetia Penyelidikan, samb; 1034/4146/1065  Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PERINGATAN MESRA:
TARIKH TUTUP PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN BAGI GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) PERINGKAT UMS:-
- SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) FASA 1/2016
- SKIM GERAN PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI (TRGS) FASA 1/2016
- SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) FASA 1/2016
Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, tawaran permohonan geran penyelidikan FRGS, TRGS dan PRGS Fasa 1/2016 sedang dibuka secara atas talian melalui system MyGRANTS dan akan berakhir pada 13 Mac 2016 (Ahad ) ini.
Sehubungan itu, semua kakitangan akademik yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui portal MyGRANTS; http://mygrants.gov.my. YBrs. Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengambil perhatian mengenai tarikh-tarikh penting permohonan di atas;
| Tarikh | Perkara | Catatan | Tindakan | 
| 29 Januari 2016 – 13 Mac 2016 | Permohonan secara online  melalui sistem MyGrants. | Sistem akan dibuka sehingga jam 23:59; 13 Mac 2016; Ahad). | Pemohon | 
| 14 Mac 2016 – 20 Mac 2016 | Penetapan dan lantikan Panel Penilai Dalaman oleh Urusetia Penyelidikan (PPI). | Penetapan Panel akan ditentukan berdasarkan Bidang Penyelidikan. | Urusetia, PPI | 
| 21 Mac 2016 – 22 April 2016 | -Penilaian secara online oleh Panel Penilai Dalaman UMS. -Penambahbaikan kertas cadangan secara online. | Sistem akan dibuka sehingga jam 23:59 (22 April 2016; Jumaat). | PPI, Panel Penilai, dan Pemohon | 
| 23 April 2016 – 28 April 2016 | -Perakuan dan kelulusan peringkat PPI. -Penghantaran secara online melalui sistem MyGrants. | Urusetia, PPI | 
Dilampirkan bersama ini Carta Alir Proses permohonan FRGS, TRGS dan PRGS Fasa 1/2016 untuk makluman dan rujukan lanjut pihak YBrs. Prof. Dato’/Prof./Dr. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia penyelidikan Pn. Mary Kinsui (samb: 4146), atau Pn. Norni Lagung (samb: 1034)
Sekian. terima kasih.