Direktori |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

TAWARAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) FASA 1/2015

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENYELIDIKAN INOVASI
SUBJEK : TAWARAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) FASA 1/2015

 

 




YBrs. Prof.Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

TAWARAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) FASA 1/2015

Dengan perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2015 bermula 1 Mei 2014 secara online di system MyGRANTS melalui laman web http://mygrants.gov.my .

Sebagai makluman tambahan, berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:

i.                Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan Fundamental, berkualiti dan mengikut Garis Panduan FRGS (pindaan 1/2015);

ii.              Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak boleh melebihi siling yang ditetapkan iaitu RM250,000.00 dengan tempoh penyelidikan maksimum sehingga tiga (3) tahun sahaja;

iii.             Setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan projek  penyelidikan sahaja;

iv.            Permohonan baru bagi mereka yang telah diluluskan geran FRGS dengan bukti tahap selesai projek pada kadar 75% (laporan prestasi yang disokong oleh pihak RMC perlu dimuat naik dalam system MyGRANTS);

v.             Melengkapkan dan mengemaskini profil penyelidik di dalam akaun MyGRANTS masing-masing untuk memudahkan permohonan dibuat.

vi.            Pemohon digalakkan untuk menyimpan salinan kertas cadangan samaada softcopy atau hardcopy sebagai backup sekiranya sistem MyGrants bermasaalah

vii.          Tarikh-tarikh penting:

 
Tarikh
 
Perkara
 
Catatan
 
Tindakan
 
1 Mei 2015 – 7 Jun 2015
 
Permohonan secara online melalui sistem MyGrants
 
Sistem akan dibuka sehingga jam 23:59 (7 Jun 2015;Ahad)


 


Pemohon
 
8 Jun 2015 – 12 Jun 2015
 
Penetapan dan lantikan Panel Penilai Dalaman oleh Urusetia Penyelidikan (PPI)
 
1.     Penetapan Panel akan ditentukan berdasarkan Bidang Penyelidikan



2.     Sistem akan dibuka sehingga jam 23:59 (12 Jun 2015;Jumaat)
 




Urusetia, PPI
 
13 Jun 2015 – 19 Julai 2015
 
1.     Penilaian secara online oleh Panel Penilai Dalaman UMS



2.     Penambahbaikan kertas cadangan secara online
 
Sistem akan dibuka sehingga jam 23:59 (19 Julai 2015;Jumaat)
 


Panel Penilai

dan

Pemohon
 
20 Julai 2015
 
Perakuan peringkat PPI
 
Penghantaran secara hardcopy dan online oleh PPI
 
Urusetia, PPI
 











 




 




 




 

Dilampirkan bersama ini Carta Alir Proses Permohonan FRGS Fasa 1/2015 dan Garis Panduan Permohonan FRGS Fasa 1/2015 untuk makluman dan rujukan pihak YBrs. Prof.Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan. Garis panduan ini juga boleh dimuat turun daripada laman web PPI atau portal Jabatan Pengajian Tinggi (http://jpt.mohe.gov.my/menupenyelidik.php) serta portal MyGRANTS.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia PPI iaitu Pn. Suzanty Hj. Muin atau  Pn. Norni Lagung di talian 1063 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih.



Berlampir :

download-icon.png - 27.75 Kb Garis Panduan Permohonan FRGS Fasa 1/2015

download-icon.png - 27.75 Kb Carta Alir Proses Permohonan FRGS Fasa 1/2015



 

 

 


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin  

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36