Direktori |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

LANGGANAN PANGKALAN DATA HARTA INTELEK, PATSNAP

PENGUMUMAN DARIPADA   :  SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI, PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK                                :   LANGGANAN PANGKALAN DATA HARTA INTELEK, PATSNAP


YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Inovasi telah melanggan pangkalan data harta intelek iaitu PatSnap, sebuah platform untuk carian, pengurusan serta analisa harta intelek. Pangkalan data PatSnap menyediakan liputan lebih 90 negara di seluruh dunia dan memberikan khidmat maklumat data teks penuh daripada tujuh organisasi seperti European Patent Office (EPO), World Intellectual Property Organisation (WIPO), Amerika, China, Jerman, Jepun dan Taiwan. Data abstrak juga boleh didapati daripada 80 buah rantau, dan pangkalan data PatSnap merangkumi lebih 90 juta tajuk paten di seluruh dunia. Selain itu, PatSnap juga menawarkan platform analisis yang menyeluruh yang membolehkan pelanggan untuk mengenalpasti pesaing mahupun pelanggan berpotensi serta akses kepada maklumat tentang pasaran global.

Sehubungan itu, satu sesi latihan berkenaan penggunaan pangkalan data ini akan diadakan pada ketetapan berikut:


Tarikh        :24 April 2015(Jumaat)

Masa          :9.30 – 11.30 pagi

Tempat      : Bilik komputer Umum 3, JTMK


Bagi pengesahan kehadiran ke sesi latihan ini boleh dibuat dengan menghubungi pegawai PPI yang bertanggungjawab. Untuk makluman, pangkalan data ini boleh diakses melalui laman web: http://analytics.patsnap.com/. Bagi maklumat username serta password, permohonan pendaftaran sebagai user hendaklah dibuat terlebih dahulu ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sekian, terima kasih.



PEGAWAI DIHUBUNGI :-

1. PUAN ROZAIDAH AMIR HUSSEIN, Samb. talian 1631, Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.,

2. CIK MASRINA MAUJAR, Samb. talian 1063, Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin  

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36